TOKOH MURID 2015


MOHD AQIL FAHMI BIN AHMAD DAZLAN
Tanggal  5 Januari 2003 terdengar tangisan seorang bayi yang dilahirkan  di Hospital Seri Manjung, Perak.Maka lahirlah Muhammad Aqil Fahmi. Aqil merupakan anak ke 2 dari 5 orang adik beradik.Adik-beradik Aqil ialah 4orang  lelaki dan seorang perempuan. Aqil telah dibesarkan oleh kedua orang tuanya yang amat menyayangi Aqil iaitu pasangan yang bahagia dengan kelahiran Aqil. Bapa Aqil bernama Ahmad Dazlan binTahir, manakala ibu beliau ialah Puan Norizan bt Abdul Rahim. Ayahnya merupakan seorang tentera laut dan ibunya hanya seorang suri rumah tangga.Aqil telah mendapat didikan awalnya  di Tadika Nur Al – Syahadah ketika berusia 5 tahun dan  pada umur 6 tahun pula di tadika KIKA di Manjung.

 Hobi Aqil ialah  berman bola sepak dan dari sinilah Cikgu Mohd Hairul Anuar telah nampak bakatnya yang terserlah dalam permainan bola sepak lalu Aqil terpilih menjadi pemain bola sepak sekolah.Pada masa lapang Aqil juga berminat untuk melayari Internet bagi mengikuti  berita terkini dan bermain permainan Dhota,

Cita-Cita Aqil ialah  untuk menjadi seorang pemain bola sepak kebangsaan suatu hari nanti dan  juga  berminat untuk menjadi pengacara bagi  program rancangan bola sepak. Program televisyen yang diminati oleh Aqil ialah rancangan bola sepak tak kira sama ada rancangan tempatan atau luar  Negara.

Dalam pelajaran, Aqil meminati mata pelajaran Matematik kerana dia suka kira-mengira.Di samping itu juga Aqil suka membaca buku kegemarannya iaitu Majalah Kuntum.
Makanan kegemaran Aqil ialah masakan ayam masak merah dan minuman kegemarannya ialah milo Ais.Warna kegemaran Aqil ialah warna hijau Pada pendapatnya warna hijau ialah kedamaian dan satu lagi warna ialah kuning, iaitu warna diraja,
Beliau pernah dinobatkan sebagai olahragawan harapan sekolah Simpang Empat pada tahun 2014.Aqil merupakan seorang Pengawas yang rajin, bertanggung jawab dan berdisiplin. Keputusan UPSR pada 17.11 yang lepas, Aqil telah berjaya memperolehi  4A 1C.

 Oleh itu, panel pemilihan penerima anugerah telah sebulat suara dan sepakat menobatkan MUHAMMAD AQIL FAHMI BIN AHMAD DAZLAN  SEBAGAI TOKOH MURID LELAKI  SK SIMPANG EMPAT BAGI TAHUN 2015. SEKALUNG TAHNIAH YANG TIDAK TERHINGGA DIUCAPKAN KEPADA MUHAMMAD AQIL FAHMI BIN AHMAD DAZLAN.. Semoga Aqil  akan terus berjaya pada masa akan datang. TAHNIAH…….



NURIN ALYA NATASYA
Pada tanggal  7 Jun 2003 lahirnya puteri sulung permata hati bagi pasangan Pn Intan Syuhaida bt Ahmad Shuhaime  dan En Mohd Nazir bin Kamaruddin di Hospital Angkatan Tentera Lumut. Beliau merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik, iaitu seorang lelaki dan seoran perempuan. Ibu beliau seorang perunding produk manakala ayah beliau sebagai pemantau jualan. Nurin mula Mendapat didikan awal di Tadika Sepakat Budi di Sitiawan pada umur 5 tahun dan pada umur 6 tahun di tadika KIKA
Menyingkap latar belakang kanak-kanak ini, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang saintis atau seorang pensyarah apabila dewasa kelak . Nurin amat menggemari matapelajaran sains dan suka menonton program televisyen Oh My English.Nurin juga mempunyai hobi iaitu  membaca buku terutamanya novel-novel keluaran PTS.
 Masakan yang paling digemari oleh Nurin ialah daging masak hitam manakala minumannnya pula ialah the ais. Nurin amat meminati warna biru yang menggambarkan suasana tenang dan warna keduanya ialah warna  merah jambu.
Nurin juga  telah dinobatkan sebagai tokoh pelajar SRAR Mahmudiah, Kg Serdang pada tahun ini. Nurin  juga merupakan pemenang hadiah saguhati bagi acara Kuiz Sejarah antara sekolah daerah Manjung . Pada tahun 2012 beliau telah menerima anugerah Ketua Darjah Terbaik bagi Tahap 1. Kepimpinan diri, kewibawaan dan kebijaksaan Nurin telah melayakkan Nurin dilantik  sebagai Ketua Murid  pada tahun ini.
Keputusan UPSR yang telah diumumkan pada hari Selasa yang baru-baru ini merupakan hari yang amat bahagia bagi Nurin kerana beliau telah mendapat 5A dalam UPSR.Cita-cita Nurin, beliau berjanji akan terus belajar bersungguh-sungguh untuk terus berjaya dalam hidup. Falsafah pegangan hidup Nurin uang dipegangnya selama ini ialah usaha sampai dapat dan buangkan istilah gagal.

Oleh itu, panel pemilihan penerima anugerah telah sebulat suara dan sepakat menobatkan NURIN ALYA NASTASYA BT MOHD NAZIR SEBAGAI TOKOH MURID PEREMPUAN SK SIMPANG EMPAT BAGI TAHUN 2015. SEKALUNG TAHNIAH YANG TIDAK TERHINGGA DIUCAPKAN KEPADA NURIN ALYA NASTASHA. Semoga Nurin akan terus Berjaya pada masa akan datang. TAHNIAH…….